1.Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu
Lelaki - Berbaju Melayu
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

BAJU MELAYU TELUK BELANGA
Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya 'Baju Melayu'.

Perempuan - Berbaju kurung & Kebaya
BAJU KURUNG
Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun 1866. Selain itu, ada juga cerita yang menyatakan bahawa baju kurung telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Baju kurung dikenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada ketika itu.
Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju kurung adalah menjadi pakaian rasmi bagi wanita. Zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar pada ketika itu dikatakan telah maju. Oleh sebab itu, pemakaian pakaian rasmi di istana dan pejabat-pejabat kerajaan diperkenalkan. Hal ini termasuklah acara-acara rasmi dan protokol di istana.
Pada masa kini, baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggunannya. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut. Baju kurung masa kini ditambah dengan manic dan disulam dengan benang berwarna emas bagi perhiasan baju kurung tersebut. Selain itu, bebagai motif warna juga digunakan bagi membuat corak pada pakaian baju kurung.
Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi kerajaan Malaysia yang dipakai oleh kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan dan juga kakitangan swasta. Baju kurung dijadikan sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. Semua etnik di Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupun dimana sahaja berada.

KEBAYA
Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia. Pakaian tradisional baju kebaya ini dikatakan berasal daripada kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Lama kelamaan baju kebaya diterima oleh masyarakat tempatan di Kepulauan Melayu. Di pulau Jawa, baju kebaya adalah dipakai oleh golongan-golongan bangsawan dan kerabat-kerabat pemerintah. Seterusnya, baju kebaya kemudiannya dijadikan pakaian rasmi pada zaman penjajahan Belanda. Wanita-wanita Eropah memakai baju kebaya sehingga kini dan mengubahsuainya kepadafesyen mengikut peredaran masa.
Selain baju kebaya biasa, terdapat juga baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah kebaya panjang. Baju belah kebaya panjang ini ada berasal dari Johor. Pada asalnya, masyarakat di Johor adalah mewarisi baju belah kebaya panjang ini daripada kerajaan Johor-Riau pada suatu ketika dahulu. Baju belah kebaya panjang adalah sama dengan baju kebaya biasa cuma terdapat perbezaan sedikit daripada ciri-cirinya.
Baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali. Bahagian hadapan baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali. Bahagian hadapan baju ini adalah terdedah dan ditutup dengan kerongsang. Pakaian ini juga dipakai dalam acara-acara rasmi ataupun dipakai pada majlis majlis keramaian.
2.Pakaian Tradisional Masyarakat
Cina
Lelaki
1.Samfoo
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.

2.Hanfu
Orang Cina merupakan Suku Cina Han.merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.

Wanita
3.CHEONGSAM
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
3.PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
1.Lelaki
Dhoti
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
Disediakan Oleh,
Theepan Raj
Arjun
Gunasanggari

2.Perempuan
SARI
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

No comments:
Post a Comment